kredit: lowyat.net
Khabar angin telah tersebar mengenai harga LG Nexus 4 di Malaysia, memberikan sedikit spekulasi sama ada ia berbaloi atau tidak dengan harga pasaran RM1799.
Google berjaya menarik perhatian peminat gajet dengan Nexus 7, tablet berkuasa empat teras NVIDIA Tegra 3 1.2GHz, 1GB RAM serta semestinya spesifikasi ini tidak menghampakan penggunanya. Tidak banyak tablet dipasaran Malaysia yang mampu menyaingi kemampuan Nexus 7, sama ada pada aspek perkakasan mahupun perisian dalaman. Paling mengejutkan, harga pasarannya hanya RM999 (16GB+Wifi) dan RM1099 (32GB+Wifi). Mungkin harga Nexus 7 ini boleh dikategorikan "mampu milik" kerana Google dan ASUS mengenepikan beberapa komponen seperti kamera belakang dan slot memori. TechnoKrasi turut memiliki Nexus 7, bagi TechnoKrasi sedikit pun tidak berasa rugi membeli tablet ini walaupun dengan kekurangan komponen-komponen tersebut. Bak kata orang, ''berbaloi-baloi''.

Lain pula bagi kes Nexus 4, TechnoKrasi turut berasa hairan pada mulanya dengan harga yang diletak LG. RM1799 yang dikhabarkan tersebut mungkin mahal bunyinya, tambahan pula, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati pra-tempahan melalui Google Play Store seperti di Amerika dan negara-negara eropah yang lain. Mahu tidak mahu, kita terpaksa menerima harga yang ditetapkan LG Malaysia ini dengan hati yang rela. Tetapi tunggu, setelah TechnoKrasi meneliti dan menonton review di Youtube dan laman-laman di internet, Nexus 4 ini mempunyai potensi untuk menyaingi telefon pintar yang lain seperti Samsung Galaxy SIII (SGS3), HTC One X (HOX) dan juga Iphone 5 (IP5) yang masih hangat di pasaran.
Jangan lupa Nexus 4 dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 1.5GHz empat teras. Selari dengan trend pemproses telefon pintar masa kini seperti SGS3 dan HOX. Resolusi skrinnya juga turut mengagumkan,4.7 inci beresolusi 768x1280, 318ppi, antara yang terbaik dalam kalangannya. Ciri terbaik pada Nexus 4, yang menambat hati TechnoKrasi adalah Jelly Bean 4.2. Pelbagai penambah baikan dilakukan oleh google terutama pada aspek kelancaran dan kepantasannya berbanding siri Android OS sebelumnya. Oh ya, pengguna harus ingat bahawa keluarga Nexus adalah anak emas Google, maka sebarang update dikeluarkan oleh mereka pasti dinikmati terlebih dahulu oleh peranti-peranti ini.
Masih belum meyakinkan? Tidak mengapa, kerana keputusan terletak ditangan pengguna itu sendiri. Jadi adakah anda antara mereka yang akan menyambar Nexus 4 sekiranya ia sampai dipasaran Malaysia? Atau memilih peranti lain yang lebih sesuai dengan citarasa anda? Let me know.

No comments:
Post a Comment